Sunday, January 8, 2012

Sifat Fizikal Bendalir (Fluid Properties)



Sebelum kita mengkaji dengan lebih lanjut tentang bendalir, kita harus tahu apa dia sifat-sifat asa bagi bendalir. Antaranya seperti yang disenaraikan dalam jadual di bawah.



1. Ketumpatan ( Mass density) 
    Ketumpatan bahan ditakrifkan sebagai kuantiti jisim yang terdapat dalam satu unit isipadu bahan tersebut.
   Untuk keadaan isipadu yang sama, ketumpatan menggambarkan berat atau ringannya sesuatu bahan itu       
    berbanding dengan bahan lain.
     Nilai ketumpatan  air iaitu 1000kg/m3.
2.  Berat tentu / Graviti tentu (Specific weight)
     Berat tentu sesuatu bahan ditakrifkan sebagai berat bahan per unit isipadu. ia juga boleh diringkaskan
     menjadi,
    Nilai berat tentu air iaitu 9810 N/m3

3. Ketumpatan Bandingan (Specific gravity)
    Ketumpatan bandingan bahan yang ingin dikaji ialah nisbah di antara ketumpatan bahan tersebut dengan
    ketumpatan bahan rujukan.

4. Isipadu tentu (Specific volume)
    Isipadu tentu ialah songsangan daripada ketumpatan iaitu isipadu yang terkandung seunit jisim.
5. Kelikatan (Viscosity)
    Bendalir berubah bentuk akibat daripada tindakan daya ricih yang bertindak terhadap bendalir. Perubahan
    ini pastinya berbeza –beza di antara satu bendalir dengan bendalir lain. Perbezaan ini dinamai kelikatan.
    Kelikatan juga ditakrifkan sebagai nilai rintangan bendalir tersebut terhadap perubahan bentuk dalam
    arah daya ricih atau daya putaran.

1 comment: