Thursday, January 12, 2012

BAGAIMANA TEKANAN DIKAITKAN DENGAN KEDALAMAN

Bendalir sentiasa mempunyai tekanan kerana sebarang bahagian pada bendalir akan mengalami tekanan yang bertindak ke atasnya disebabkan oleh perlanggaran molekul-molekul di dalam bendalir tersebut. Untuk itu, tekanan biasanya sangat berkait rapat dengan bendalir (fluid), sama ada cecair (liquid) atau gas. Kenapa?

Ini kerana susun atur molekul-molekul di dalam bendalir itu sendiri yang memudahkan pergerakan aliran bendalir untuk membuatkan tekanan bertindak ke atasnya, berbanding tekanan yang akan kita kenakan pada luas permukaan pepejal (solid).

Bagaimana kaitannya antara tekanan dan kedalaman? Dalam kes ini, kita ingin tahu sama ada tekanan akan berubah apabila kedudukan dua titik tidak berada pada aras yang sama. Kita juga ingin mengetahui sama ada magnitud tekanan akan berubah apabila kita naik semakin tinggi atau turun jauh ke bawah dari titik rujukan.

Andaikan satu baldi yang dipenuhi oleh air.


Seperti yang kita bincangkan sebelum ini bahawa,
 
Jadi berat cecair di dalam baldi adalah sama dengan daya yang bertindak ke atas luar permukaan tapak pada baldi.
Di mana , 

 
Dimana;

 
Jadi, semakin dalam kawasan di dalam  baldi itu, semakin tinggi nilai h , seterusnya makin tinggilah nilai tekanan yang terhasil. Begitu juga sebaliknya.

Contoh  yang paling mudah yang biasa kita alami ialah sewaktu kita berada di kawasan tanah tinggi seperti di Genting Highland, kita akan merasa telinga menjadi sakit. Kenapa ini berlaku? Ini disebabkan oleh perubahan tekanan udara yang berlaku daripada kawasan tanah rendah ke kawasan  tanah tinggi. Ia juga menunjukkan contoh bagaimana ketinggian memberi kesan kepada magnitud tekanan.

Gambaran lain ditunjukkan seperti di bawah:
Conclusion: When    the   density  is  constant,  the  pressure  in  a  liquid  at  rest  increases  linearly  with  depth  from  the  free  surface.

No comments:

Post a Comment