Friday, January 6, 2012

TEKANAN (PRESSURE)

Apa itu tekanan? Kebanyakan pelajar, bila ditanya maksud tekanan, ramai yang mengakui tahu maksud tekanan. Tetapi, apabila minta dihuraikan dengan lebih jelas apa itu tekanan, masing-masing menggelengkan kepala. Jadi, apa yang perlu anda tahu tentang maksud tekanan?

Pertama sekali, mari kita tengok apa dia formula tekanan iaitu;

 
Jadi, daripada takrifan formula itu kita dapat memahami bahawa apabila kita kenakan daya pada luas permukaan sesuatu bahagian, maka tekanan akan terhasil di situ.

Bendalir akan mengenakan daya normal terhadap sebarang sempadan yang bersentuhan dengannya. Oleh sebab sempadan ini mungkin sangat luas dan daya itu pula mungkin berbeza-beza dari satu tempat ke satu tempat, maka lebih mudah jika analisis dibuat menggunakan ungkapan tekanan.
Saya bagi satu contoh aplikasi mudah iaitu pam basikal. Konsepnya, kita nak menambah angin di dalam tayar basikal. Jadi, pam akan ditekan (dengan tangan, di sini kita namakan sebagai daya) pada satu luas permukaan silinder di dalam pam. Seterusnya, ia akan meningkatkan tekanan yang dipindahkan ke udara (bendalir) di dalamnya. Ia kemudian disalurkan atau dipindahkan melalui satu tiub yang disambung pada tayar basikal. Di sini, nilai tekanan bagi udara akan meningkat, di mana ia akan mengisi ruang di dalam tayar itu tadi.
Harap anda jelas bagaimana konsep tekanan itu sendiri digunakan. Anda bukan sekadar perlu tahu apa itu makna tekanan, tetapi anda juga harus faham bagaimana aplikasinya.

Dan unit tekanan seperti yang dijelaskan sebelum ini iaitu;

No comments:

Post a Comment