Monday, January 16, 2012

HUKUM PASCAL (PASCAL LAW)

Hukum Pascal menyatakan bahawa bagi satu titik di dalam satu bendalir yang berada dalam keadaan diam (tidak bergerak), sekiranya berlaku peningkatan nilai tekanan di titik tersebut, ini bermakna seluruh kawasan akan mengalami kadar nilai peningkatan tekanan yang sama. Ini secara tidak langsung menyatakan bahawa, semua nilai tekanan pada seluruh kawasan akan menjadi SAMA atau ia menyatakan bahawa magnitud tekanan pada suatu titik di dalam bendalir statik adalah sama dari semua arah.
 
 
Konsep ini banyak digunakan pada banyak alatan pengukuran tekanan yang menggunakan system hidraulik. Ini kerana, system hidraulik menggunakan bendalir tidak  boleh mampat seperti minyak dan air, untuk memindahkan daya yang akan dikenakan pada luas permukaan kawasan. Sistem hidraulik digunakan dengan meluas sekali di negara kita. Contohnya pada kren, kapalterbang, jek pengangkat kereta, sistem brek kenderaan, dan sebagainya.


Jek hidraulik (Hydraulic Jack)

Aplikasi Hukum Pascal boleh digunakan dalam hydraulic jack. Ini kerana seperti yang telah diterangkan seperti yang di atas, perubahan tekanan akan disebarkan melalui bendalir dengan magnitud yang sama ke semua tempat di dalam sesuatu sistem tertutup.
 
Jika piston A ditekan, ia akan menyebabkan daya dikenakan pada bendalir permukaan A. Jika daya ini
dibahagikan dengan luas permukaan A, magnitud tekanan p1 akan terhasil.

Tekanan p1 ini akan disebarkan ke keseluruhan bendalir dalam sistem yang dilakarkan. Ini bermakna bahawa pada permukaan B, magnitud tekanan adalah p1 atau ia boleh tulis sebagai;

p1 = p2

Gambaran ditunjukkan seperti rajah di bawah;

  

Umumnya, disebabkan cecair di dalam saluran paip adalah tidak boleh mampat, maka tekanan akan dipindahkan secara sekata pada semua bahagian yang dilalui oleh cecair itu tadi. Jadi, jika kita mengenakan sedikit daya pada luas permukaan silinder kecil, maka akan terdapat satu daya yang lebih besar untuk menaikkan piston besar untuk menjadikan nilai tekanan adalah sama pada kedua-dua bahagian.

No comments:

Post a Comment