Saturday, January 7, 2012

PENGUKURAN TEKANAN (Pressure Measurement)

Umumnya, nilai tekanan tidak boleh diukur secara langsung. Kebiasaannya, semua alat pengukuran tekanan (pressure measurement device) menggunakan aplikasi tekanan bendalir yang berkait rapat juga dengan tekanan udara sekelilingnya. Untuk itu, tekanan udara di sekeliling itu, kita namakan sebagai TEKANAN ATMOSFERA (Atmospheric Pressure).

Tekanan atmosfera adalah tekanan yang disebabkan oleh berat udara yang ada di atas (atmosfera). Lebih tinggi kita bergerak ke atas (menaiki bukit), jumlah udara yang ada di atas kita semakin berkurang yang menyebabkan tekanan atmosfera berkurang.
Tekanan ini biasanya akan dijadikan sebagai nilai tekanan rujukan (datum). Nilai tekanan atmosfera  adalah tidak tetap, di mana ia bergantung kepada tinggi suatu kawasan daripada aras rujukan (laut). Ia juga boleh berubah mengikut suhu kawasan. Tekanan atmosfera semakin berkurangan mengikut ketinggian dari aras laut.

Tekanan atmosfera boleh diukur dalam dua sistem. Oleh kerana ada dua sistem, ini bermakna ia mempunyai dua nilai selaras dengan kewujudan dua sistem tersebut. Dua nilai tersebut ialah
Jangan lupa sama sekali dua nilai ini, terutamanya nilai tekanan atmosfera dalam sistem tolok. Nilai dalam bacaan mutlaknya tidak malar pada 101 kPa sahaja, tetapi berubah-ubah dari masa ke semasa dan juga bergantung kepada kedudukan tempat yang diukur. Walau bagaimanapun, untuk memudahkan kita membuat analisis dalam hal ini, maka nilai 101 kPa digunakan.

Walaupun tekanan atmosfera yang diukur dalam mutlak berubah-ubah, tetapi nilai tekanan atmosfera dalam tolok tidak berubah. Nilai ini kekal sifar. Ini adalah disebabkan tekanan tolok menjadikan tekanan atmosfera mutlak sebagai rujukannya. Nilai sifarnya bermula dengan tekanan atmosfera mutlak.
Untuk itu, perbezaan tekanan di antara bendalir dan udara sekeliling pula kita namakan sebagai TEKANAN TOLOK (Gauge Pressure). Atau ia juga dikenali sebagai tekanan yang diukur menggunakan jangka tolok dan nilainya lebih besar daripada tekanan atmosfera setempat

Manakala, TEKANAN MUTLAK (Absolute Pressure) adalah merupakan nilai hasil tambah antara nilai TEKANAN ATMOSFERA dan juga TEKANAN TOLOK. Atau ia merupakan nilai tekanan yang sebenarnya.
Ringkasnya, tekanan mutlak ialah tekanan semulajadi yang telah dijadikan Allah pada permukaan bumi ini. Apabila kita berkata tekanan adalah sifar mutlak, ini bermakna bahawa tidak ada lagi tekanan di bawah dari sifar mutlak. Sifar mutlak adalah tekanan yang paling minimum yang boleh dicapai.

 Dari kenyataan ini dapat diringkaskan bahawa;

 
TEKANAN VAKUM pula merupakan tekanan yang diukur menggunakan jangka tolok dan magnitudnya kurang daripada (negatif) tekanan atmosfera setempat

 
 

No comments:

Post a Comment