Bendalir nie ada 2 jenis..Apa dianya..??
Ok, yang pertama..Bendalir Statik..Apa pulak nie.. Bendalir dikatakan berada di dalam keadaan statik apabila tiada gerakan relatif di antara satu elemen dengan elemen lain di dalam bendalir tersebut. Ini bermakna bahawa tidak berlakunya sebarang perubahan halaju. Oleh kerana tidak ada berlakunya perubahan halaju, maka tegasan ricih juga tidak wujud walau apapun kelikatan bendalir tersebut.
Contoh yang paling mudah, kita isi air dalam gelas..Bila air tu dah duduk diam2 dalam gelas tu, tanpa dikacau dengan sudu, gelas tu plak diletakkan dalam keadaan diam di atas meja, tanpa ada apa2 gangguan..makanya molekul-molekul dalam air tu pun, akan statik dan tak bergerak ke mana-mana..Bila molekul tu tak bergerak, jadi tak de halaju bagi pergerakan tu tadi..Jadi molekul tu pun takkan tergesel ngan molekul2 lain, so tak de la plak tegasan ricih yang terjadi..
Jenis yang kedua ialah Bendalir Dinamik.. So, kalau dah namanya Dinamik..Maka, yang ini adalah bendalir yang tak boleh duduk diam…Sama ada dia menggerakkan dirinya sendiri, atau digerakkan oleh unsur lain..Pendek kata, yang ini adalah lawan kepada Bendalir Statik tadi..Bila bendalir ni dh bergerak, jadi molekul2 dalam bendalir ni akan bersentuhan, bergesel2..jadi, tegasan ricih pun ade terjadi..Ditambah pula, jika ada pula molekul yang memang bergerak dengan laju, makanya halaju bagi pergerakan molekul itu adalah wujud..Makin laju dan jauh zarah tu bergerak, makin tinggilah nilai halajunya..
Dalam bahasa bukunya,
Hidrostatik: Ialah kajian mengenai cecair yang pegun. Daya-daya yang bertindak hanyalah tekanan dan graviti (berat cecair). Hidrostatik merupakan sains tulen. Aplikasi didalam kejuruteraan termasuklah masalah berkaitan dengan daya-daya ke atas empangan, daya ke atas pintu air dan daya-daya keapungan ke atas kapal.
Hidrodinamik: Ialah berkaitan dengan cecair yang bergerak. Selain daripada daya yang disebabkan oleh daya graviti dan tekanan, daya ricih perlu diambil kira. Halaju, tenaga, kelikatan, ketumpatan dan geseran akan memainkan peranan dalam pergerakan bendalir.
No comments:
Post a Comment