Monday, August 6, 2012

Salam Pembuka Tirai

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam Ramadhan yang penuh barkah ini...

Bersempena dengan sesi kuliah yang baru Jun 2012..dan serentak dengan kedatangan Ramadhan al-Mubarak ini, saya mengalukan kedatangan para pelajar yang mengambil modul JJ309 ini..
Mungkin agak terlewat untuk saya mengucapkannya disebabkan kekangan waktu dan sebagainya.
Namun begitu, apa yang saya harapkan para pelajar dapat meneruskan semangat untuk berkuliah seperti biasa, di samping mengerjakan ibadah di bulan yang penuh mulia ini. Jangan jadikan ia sebagai alasan untuk belajar secara ala kadar sahaja.

Di kesempatan ini juga, saya mengambil kesempatan untuk meminta jasa baik mana-mana pelajar yang mempunyai kemahiran dalam memperkukuhkan lagi blog ini bagi kegunaan dan kemudahan bersama. Maklumlah, apa yang dipaparkan di sini hanyalah berdasarkan kemahiran saya yang ada tak seberapa ini. Semoga paparannya akan menjadi lebih menarik dan sebagainya.

Akhir sekali, selamat menjalani ibadah puasa dan juga selamat mengulangkaji pelajaran.

Selamat Maju Jaya.

No comments:

Post a Comment