Alat pengukuran tekanan banyak digunakan dalam peralatan mekanikal yang menggunakan hydraulic sebagai bahan. Antaranya ialah Barometer, Tolok Bourdon, Piezometer dan Manometer.
Barometer
Barometer digunakan untuk mengukur tekanan atmosfera, atau untuk mengukur berat udara di dalam atmosfera.
Barometer merkuri (Rajah) alat alat paling mudah untuk mengukur tekanan atmosfera di sesuatu lokasi. Ia terdiri daripada tiub gelas tertutup pada satu hujung yang direndam di dalam satu bekas yang mengandungi merkuri. Disebabkan oleh atmosfera, tekanan merkuri di dalam tiub meningkat seperti ditunjuk dalam rajah.

Dua jenis barometer yang biasa digunakan iaitu Mercury Barometer dan juga Aneroid Barometer.
Tolok Bourdon
Terdiri daripada suatu tiub logam melengkung yang disambung kepada suatu sistem tuas.
Apabila tiub logam melengkung disambung kepada suatu bekalan gas, tekanan gas bertindak untuk meluruskan tiub logam melengkung itu. Gerakan tiub logam melengkung itu diperbesarkan oleh suatu sistem tuas yang boleh memutarkan penunjuk.
Tekanan gas boleh dibaca dari skala yang ada pada tolok itu.
Manometer Tiub U
Terdiri daripada suatu tiub –U yang diisi dengan cecair seperti air, minyak atau merkuri.
•Sebelum manometer digunakan, kedua-dua lengan didedahkan kepada tekanan atmosfera yang sama.
•Oleh itu, aras cecair dalam kedua- dua lengan manometer adalah sama apabila tidak digunakan.
•Apabila lengan A manometer dipasang pada bekalan gas, tekanan gas yang lebih tinggi akan menolak aras cecair pada lengan A ke bawah . Aras cecair pada lengan B akan naik keatas.
Beza tinggi turus cecair ialah ukuran tekanan gas yang melebihi tekanan atmosfera.
•
Biasanya, Merkuri digunakan di dalam manometer untuk mengukur beza tekanan yang lebih besar.
Piezometer
Biasanya, Merkuri digunakan di dalam manometer untuk mengukur beza tekanan yang lebih besar.
Piezometer
Piezometer digunakan untuk mengukur tekanan di dalam tangki atau paip yang mengandungi cecair di dalamnya. Tiub dipasang di dinding bekas atau paip yang mengandungi cecair supaya cecair tersebut boleh mengalir naik ke dalam tiub. Dengan mengira ketinggian cecair di dalam tiub menggunakan persamaan
, nilai tekanan akan dapat diukur. Perlu diingatkan bahawa kedudukan tiub mestilah tangen kepada arah aliran bendalir, jika tidak bacaan yang di perolehi akan menjadi tidak tepat.